
Duhai pejuang agama, pewaris bangsa, pemacu negara,
kenapa lemah dalam kepapaan
kenapa lemas dalam kedangkalan
kenapa gundah dalam kesepian.
.....................................................
Bukankah dia pemuda miskin?
mampu berdagang bak gemawan
saat juwita digelar al-Amin
akhir memiliki wanita hartawan.
....................................................
Kerana apa?
Kerana dialah lelaki yang bijaksana...
..............................................
Bukankah dia si ummi?
mampu mencoret tinta yang kering
buat mentafsir lembaran suci
kini menyuluh dunia sekeliling
...................................................
Kerana apa?
Kerana dia lelaki bijaksana...
.....................................................
Bukankah dia anak yatim?
mampu menahan gulatan insan
dalam kemuliaan batu yang hitam
lalu memimpin umat pengakhiran.
..............................................................
Kerana apa?
Kerana dialah lelaki yang bijaksana..
...............................................................
Lalu bagaimana?
beralunlah sudah wirama sebuah kebijaksanaan...
4 comments:
salam~ru,aku dh tuka link blog aku..www.seyfuzero.blogspot.com...do visit ekh!
askum.saya kagum dgn puisi sdr..agak sukar diterjemah kerana seperti kedapatan maksud tersirat yang dalam...
layarilah laman blog saya dan menilai puisi saya supaya dapatlah sedikit ulasan dari sdr untuk saya yang baru ini mengetahui salah silap dalam gaya penulisan saya
Hai Ru!!!^_^
salam ziarah..
b0leh saya ketahui dr mana saudari mendapat puisi ini? maksud sy sumbernya.. ternyata ini adalah nukilan diri ini =)
Post a Comment